Monday 27 May 2013

Terima kaseh semua

Alhamdulillah , event Kulim Landmark Charity Ride pada 26/5 telah berakhir dgn jayanya. Bagi pihak penganjur , kami mohon maaf sekiranya terdapat cacat cela disepanjang acara tersebut berlangsung . Kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM1460 untuk disalurkan pada Rumah Anak Yatim BEDAYA Kulim . Jutaan terima kaseh buat semua peserta yang sudi mengambil bahagian dlm acara tersebut , InsyaAllah kita akan berjumpa lagi .

Seramai lebih 300 peserta sedang bersiap siaga untuk berlepas



Berhenti seketika di Kelang Lama Kulim ...


Menyusuri laluan Kulim Hitech .




Peserta sedang menunggu acara cabutan bertuah 






















Friday 24 May 2013

Tarikh collection goodies

MOHON MAAF PADA SEMUA,

ATAS SEBAB2 TEKNIKAL , TARIKH KUTIPAN GOODIES ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 25HB MEI 2013 ( SABTU )
MASA : 12PM KE 8PM
TEMPAT : BERHAMPIRAN LOT KEDAI HUSIN NASI KANDAR ( KULIM LANDMARK CENTRAL )

Friday 12 April 2013

Kulim Landmark Central & Autoshow 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Acara Charity Ride serta Autoshow ini dianjurkan oleh GM Event Management , Kelab Sukan Bermotor Mutiara dan dengan kerjasama Kulim Landmark Central Management Kulim , Kedah . Tujuan utama acara ini diadakan ialah untuk mengutip derma serta dana bagi membantu Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam ( BEDAYA ) di Kulim Kedah .
Selain Charity Ride , acara pertandingan kereta "modified" iaitu Autoshow & Audioshow akan turut diadakan . Selain kita beriadah , marilah kita sama2 menderma bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan . Terima kaseh atas sokongan anda .

Nama acara : Kulim Landmark Central Charity Ride & Autoshow 2013
Tempat : Perkarangan Kulim Landmark Central, Kulim Kedah .
Tarikh : 26hb Mei 2013
Masa : 8.30am
Jarak kayuhan : Sekitar Daerah Kulim - Hi Tech - Jln Paya Besar - Sg Seluang  , jarak laluan antara 25 ke 30km  
Yuran Pendaftaran : RM30 ( RM5 akan disalurkan ke rumah anak yatim tersebut )
Tarikh tutup pendaftaran : 18hb Mei 2013 ( Pendaftaran lewat adalah RM40 )
Peserta akan dapat T Shirt , Medal serta sijil penyertaan . Makan minum disediakan .
Collection goodies : Bermula dari 24/5 ke 25/5 di Kulim Landmark Central
Hadiah cabutan bertuah menanti anda ( akan dimaklumkan sedikit masa lagi )
Penyertaan terhad kepada 300 peserta sahaja . Sila lihat borang pendaftaran untuk lebih lanjut

Sila bank in yuran pendaftaran anda ke :
Nama bank : CIMB Bank ( Islamic )
Nama akaun : Kelab Sukan Bermotor Mutiara
Nombor akaun : 07150000992108

ATAU

Maybank ( Khairul IlhamiB. Mohamad Hassan )
Akaun no : 107116760027

Sila hantar borang penyertaan yg telah lengkap diisi bersama bukti bayaran transaksi / no rujukan / slip bank ke :
Fax : 04 5027194 atau Email : ksbmutiara@yahoo.com atau SMS 019 5712256

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Khairul 019 5712256 / Jasni 019 5131770